Android: Memuat Turun Alkitab Luar Talian
Muat Turun Versi Alkitab untuk Dibaca di Luar Talian
Baca Alkitab di mana sahaja anda berada, meskipun tanpa sambungan dengan internet.
- Pastikan peranti mudah alih anda mempunyai sambungan Internet yang kuat. Wi-Fi disyorkan.
- Pastikan anda log masuk ke Aplikasi.
- Tukar versi Alkitab dan mana-mana versi Alkitab yang dipilih akan dimuat turun secara automatik dan akan tersedia untuk kegunaan luar talian.Lihat cara membacanya tanpa memuat turun di sini.
Baca Versi Alkitab Tanpa Memuat Turun
Ikuti langkah-langkah yang berikut untuk pratonton versi Alkitab atau membacanya tanpa memuat turun.
- Ketik tab Alkitab.
- Penjuru kanan atas: ketik singkatan Versi Alkitab (cth., NIV).
- Ketik versi daripada senarai atau ketik bahasa untuk versi dalam bahasa yang berbeza.
- Ketik butang ⓘ di sebelah versi yang ingin dibaca.
- Ketik Baca dalam Alkitab untuk pratonton versi tanpa memuat turunnya.
Menghapuskan Versi Alkitab yang Dimuat Turun
Walaupun versi yang dimuat turun merupakan fail teks yang sangat kecil, anda boleh menghapuskannya untuk mengosongkan ruang storan atau untuk menyelesaikan masalah.
Terdapat dua cara untuk menghapuskan versi Alkitab yang dimuat turun:
- Daripada tab Alkitab:
- Ketik tab Alkitab jika ia belum dipilih.
- Penjuru kanan atas: ketik singkatan Versi Alkitab.
Versi yang ditawarkan oleh YouVersion dalam bahasa pilihan anda disenaraikan dalam urutan versi yang baru dimuat turun, diikuti susunan mengikut abjad.- Tekan dan tahan versi, kemudian Ya untuk menghapuskan versi itu.
- Daripada tab Anda:
- Ketik tab Anda jika ia belum dipilih.
- Ketik gear Tetapan (penjuru kanan atas).
- Ketik Urus Versi Luar Talian.
- Ketik HAPUS.
Soalan Lazim mengenai Muat Turun Versi Alkitab
Bolehkah saya memuat turun audio?
Malangnya, versi Apl sekarang ini tidak menyokong muat turun audio untuk kegunaan luar talian. Had ini disebabkan oleh ruang storan yang besar yang diperlukan oleh fail audio pada peranti mudah alih. Memandangkan banyak peranti mudah alih mempunyai kapasiti memori yang terhad, menampung fail audio yang besar adalah mencabar. YouVersion mahu memastikan bahawa penyelesaian kami berfungsi dalam pelbagai peranti yang digunakan oleh komuniti global kami. Terdapat beberapa pengecualian, tetapi kami mahu memastikan bahawa penyelesaian kami berfungsi dalam kesemuanya. Walaupun kami bercita-cita untuk memperkenalkan kefungsian audio luar talian pada masa hadapan, kami tidak dapat memberikan rangka masa yang spesifik pada ketika ini.
Mengapa saya tidak boleh menghapuskan versi Alkitab?
Memandangkan banyak ciri Aplikasi bergantung pada Alkitab, sekurang-kurangnya satu versi mesti sentiasa tersedia. Oleh itu, semua versi boleh dihapuskan kecuali versi lalai. Setiap bahasa mempunyai versi Alkitab lalainya.